Friday, February 13, 2009

Puding Sago.



Puding Sago
Bahan-bahan Untuk Sago (A):-
1 cawan Sago
4 cawan Air
secubit garam
Bahan-bahan Untuk Santan (B):-
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
Secubit garam
Bahan-bahan Untuk gula (C):-
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
sedikit gula putih
Cara membuatnya:-
1. Masak bahan (A) dengan menggunakan api perlahan. Masak sehingga masak. Kemudian ketepikan.
2. Masak pula bahan (B) juga dengan api perlahan sehingga mendidih kecil (jgn sampai menggelegak cam masak gulai plak ya...). Kemudian ketepikan jugak.
3. Masak pula bahan (C) sehingga masakan. Ketepikan jugak.
4. Masuk kedlm peti ais. Sedap dimakan apabila sejuk. Kecuali santan kerana santan bila sejuk (masuk dlm peti ais) dia akan jd berkepala (tak cantik tp rasanya masih sama)....
<<<>>>>

Friday, January 30, 2009

Kunjungan kami ke Sayong, Perak


Labu Sayong amat terkenal di Kuala Kangsar. Labu sayong itu sendiri mendapat nama dari sebuah mukim di Kuala Kangsar iaitu Mukim Sayong. Mengikut sejarah, labu sayong wujud dari sebiji buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas mengisi air. Keindahan bentuk labu sayong ini bermula dengan pemilihan tanah liat di tebing-tebing sungai.
Tanah yang dipilih akan dijemur sebelum dibentuk dengan tangan menggunakan sudip buluh. Kemudiannya barulah ia digilap dengan batu luru bagi proses melicinkan labu tersebut sebelum labu sayong diasapkan.
Bentuk labu sayong yang dihasilkan adalah berdasarkan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan calaran geometri.

Hani ngah tengok proses membuat labu Air.





Labu sayong tapi didalamnya ada lampu.....


Ni dia labu Ayor. Ayor yang dibubuh dalam ni akan rasanya sejuk seperti didalam air peti ais...




Ni pun ada lampu dalamnya.


Ni plak tempat letak pen @ pensil.





Perkelahan D Hutan Lipur Ulu Kenas

Mak mentuaku dan adik ipar bersama dengan anak bongsunya (Adam)


Tiba masa untuk makan... Setelah penat berenang merentasi laut cina selatan....
Klu makan tu ingat orang belakang beb.... Jangan habiskan plak tau....


Aleesa & Hani... Berposing sakan nampak anak dara ni...

Kami berkelah di Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Walaupun cuaca pada hari itu hujan berhenti hujan berhenti seronok gak... Yang paling bestnya ada pacat tu beb.... lupa plak nak ambik gambar sang pacat....